Thursday, December 23, 2010

Atuk Terima Hadiah Di India

Baru- baru ini, Pengarah Urusan Les' Copaque Production iaitu Tn Hj Burhanuddin atau lebih dikenali dengan nama Atok Ranggi telah ke India untuk menerima anugerah bersempena dengan "World Brand Congress 2010". Majlis ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan individu mahupun syarikat yang berjaya membangunkan produk mereka ke peringkat dunia.

Pada malam itu, Atok telah menerima anugerah "Brand Leadership Award"atas kejayaan beliau yang membawa produk animasi Malaysia Upin & Ipin hingga ke peringkat Asia Tenggara dan sekarang sudah mula terkenal di India pula.


Opah & Atok bersama dengan CEO TNB yang juga
turut menerima anugerah pada malam itu.


Trophy dan sijil yang dianugerahkan kepada Atok.
Tahniah!


Anugerah ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu membangunkan jenama yang bertaraf global agar setanding dengan negara maju yang lain. Apa yang amat membanggakan, produk Upin & Ipin ini adalah hasil titik peluh dan usaha anak-anak muda tempatan tanpa bantuan dari pakar-pakar luar negara. Semoga kami di Les' Copaque Production akan lebih bersemangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan menjadi kebanggaan negara.

Terima kasih untuk sokongan dan dorongan dari anda semua dan teruslah menyokong Upin & Ipin!




No comments:

Post a Comment